Podcast Borak Gajet - Episode 01 Pengenalan [ 58:43 | 26.93 MB ] Play Now | Play in Popup | Download (87)1. Setelah berhempas pulas menyiapkan beberapa perkara yang diperlukan, dipersembahkan podcast Borak Gajet Episod Pengenalan atau Episod 01.
2. Bukan senang nak menguruskan podcast ni sebab kalau rakam suara sorang-sorang, tak berapa seronok. Nak rakam suara dengan orang lain pulak, kena susun jadual elok-elok.
3. Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara @amanfirdaus dan @tekong dari Amanz Network kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk menjadi tetamu pertama kepada Borak Gajet.
4. Dalam episod pengenalan ni, antara perkara menarik yang sempat kami bincangkan ialah :
- Serba sedikit mengenai Amanz Network (http://www.amanz.my)
- Komen dan pendapat mengenai Akta Perkomputeran Professional
- Melihat senario ICT di Malaysia
- Pendapat mengenai inisiatif seperti Mobile Monday, Bootcamp, dan sebagainya.
- Perbincangan mengenai media generasi baru
- Apa gajet yang diorang gunakan sekarang?
- Dan macam-macam lagi!
5. Podcast Borak Gajet adalah sebuah podcast independen yang membawakan pendapat, review, serta borak-borak bersama tetamu jemputan mengenai indistri ICT di Malaysia & dunia, serta topik-topik hangat yang dirasakan perlu untuk disentuh dari semasa ke semasa. Borak Gajet diusahakan sepenuhnya oleh Asri al-Baker. Memandangkan ini adalah episod pengenalan, ada beberapa perkara yang masih belum dapat dilaksanakan seperti logo yang betul, ID3 tagging, lagu intro dan out-tro dan banyak lagi. Perancangan pada waktu ini adalah untuk menerbitkan Borak Gajet sebanyak mana yang boleh. Tak kira masa. Mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali, atau kalau rajin, setiap hari… Tengoklah macam mana… Satu lagi, Borak Gajet adalah podcast dwibahasa, ia akan diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
6. Saya mengalu-alukan cadangan dan komen dari para pembaca dan pendengar untuk memantapkan lagi Borak Gajet.
7. Tanpa membuang masa lagi, nikmatilah Borak Gajet Episod Pengenalan!!!
8. Sekiranya anda menggunakan perisian-perisian podcatcher untuk menikmati podcast, langgani Borak Gajet di : http://asrialbaker.com/feed/podcast
@srialbaker
12/01/2012
* Sekiranya anda berminat untuk diketengahkan dalam Borak Gajet, bolehlah melayangkan surat elektronik kepada saya di asri [AT] asrialbaker [DOT] com.
** Untuk rakan-rakan blogger yang ingin memaparkan podcast ini di dalam blog anda, saya minta sertakan pautan aka linkback ke permalink podcast tersebut.



Pingback: #BorakGajet – Podcast Membincangkan Dunia ICT Oleh Asri Al-Baker | Amanz